Wednesday 25 March 2020

Pengalaman Temuduga/Interview di UKM-PSIKOLOGI part 2

Draft ini sudah bertahun saya tinggal. Selepas masuk USM saya dah tak buka blog ini. Sekarang ialah tahun akhir saya di sini dan sementara berkuarantin, saya mengambil kesempatan untuk mengemas kini blog ini.

Alhamdulillah saya lulus ujian temuduga UKM dalam Psikologi beberapa tahun lepas. Dan dalam masa yang sama saya telah mendapat tawaran dari UM dan USM juga. Pada mulanya saya memilih UKM. Akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih USM. Kenapa? Alasan saya; UM dan UKM jauh. Serta alasan peribadi yang lain. Sesungguhnya saya memang sedih pada masa itu kerana telah selangkah ke UKM namun diri ini melarikan diri. Saya ingin meminta maaf pada junior yang bertanya pelbagai soalan dan saya tidak mampu menjawab beberapa daripadanya kerana saya tidak menyambung dalam jurusan tersebut. UKM juga telah mengubah cara kelayakan untuk menapis pelajar yang berhasrat belajar dalam bidang psikologi. Ni based on my jiran punya experience, dia cerita kan semuanya dan saya rasa itu agak mencabar. Syukurlah saya cuma diinterview lol.
Moving on, saya rasa bersyukur dan beruntung dapat belajar di USM kerana firstly agak dekat then saya rasa senang di sini dikelilingi kawan-kawan yang baik dan penyayang. Major saya ialah Sosiologi dan minor saya ialah Psikologi namun pilihannya tidak banyak tidak terlalu detail. Sosiologi membuka mata saya tentang dunia ini. Dalam Psikologi, everything is 'individual-centered' manakala dalam Sosiologi everything is social force and pressure. Saya yakin Sosiologi dan Psikologi saling melengkapi. Setelah empat tahun di sini saya masih rasa kurang cukup. Namun saya berharap akan jadi insan berguna yang dapat menyumbang pada masyarakat. Ilmu terlalu luas dan saya masih rasa perlu belajar lagi. InshaaALLAH jika ada rezeki dan Dia izinkan saya akan menyambung master dalam Psikologi Perkembangan.
Percayalah Allah bagi yang terbaik untuk kita dan semuanya ada hikmah. Nasihat saya kalian bersyukur lah dapat sambung belajar even though bukan course yang diminati dan yakinlah pada hikmahnya.